Permainan bola tepuk.
Siapa pernah main?
Kalau lu orang salah seorang yang pernah hidup masa zaman 1990-1999 dulu, gua yakin lu orang mungkin salah seorang musuh gua dalam liga bola tepuk di sekolah gua.
Kami siap buat liga dalam kelas lagi. Tapi selalunya, kalau nak main liga buat waktu cuti panjang. Baru berbelas-belas orang datang nak main. Siap kutip duit dua ringgit sorang untuk beli hadiah.
Dapatlah jajan-jajan dan air tin masa jadi Juara Liga Bola Tepuk dulu.
Kalau “friendly”, biasanya main waktu rehat. Sekejap aje. Dalam sepuluh minit. Walaupun yang main cumalah DUA orang sahaja. Tapi yang tukang sokong, datang dari pelbagai kelas tanpa pernah bayar tiket masuk.
Kalah memang kena ejek sampai balik.
Yang menang, bangga sampai cerita dengan emak.
Untuk budak-budak zaman sekarang yang tak pernah main permainan yang boleh gua katakan agak tradisional ini memandangkan memang ramai gila budak-budak sekarang tak tahu benda ini. Lu orang memang sedih sebab asyik hadap ipad mak bapak lu orang.
Budak-budak sekarang, memang tak kreatif. Benda macam ini pun tak pernah terfikir dalam otak lu orang, kan?
Tapi, gua tak nak salahkan mereka 100% pun tak guna jugak.
Sebab bapak lu orang pun mana pernah ajar lu orang main benda ini, kan?
Aku siap buat liga Malaysia lagi main bola tepuk ni. Siap dengan scoreboard, dan jadual perlawanan penuh. Mujur zaman tu takde blog ni semua. Kalau tak harus setiap keputusan diupdate. 😀
haha..
boleh plak nak update kat blog.
sklh rendah dulu selalu tngok budak lki main..tpi,camne nak buat eh?lipat caner?